Tajuk yang memang menaik hari ini ketika saya terbaca didalam sebuah akhbar tentang topik ini.Memang betul melayu memang dibesarkan dengan persekitaran malu,takut dan seumpamanya.Kalau dulu masa zaman kanak-kanak kita sering ditakutkan supaya jangan bermain ditempat gelap atau bersendirian kerana ada hantu.Hantu itu menghantui kita sehingga sekarang dan setelah kita berumahtangga kita pula sematkan perasaan takut itu didalam pemikiran anak2 kita.
Masalahnya bukan hantu tetapi perasaan takut untuk mencuba yang ditanamkan kedalam pemikiran kita.Takut dan sikap malu sudah sinonim dengan budaya orang melayu.Kalau kita tengok drama tempatan hari ini semuanya mengisahkan tentang sikap negatif orang yang berjaya.Persoalannya adakah setiap orang yang berjaya itu negatif.Mestikah orang yang kaya itu jahat.
Kenapa mesti kita corakkan pemikiran kita kearah itu sehinggakan kita takut untuk hendak jadi kaya.Yang peliknya kita berasa malu apabila jiran-jiran kita dan orang sekililing berkata kita berlagak,sombong,angkuh dan sebagainya.Adakah kita tidak berasa malu untuk hidup miskin.Tak mampu membiayai ibubapa dikampung,tak mampu memiliki harta seperti rumah dan kereta sendiri.
Sepatutnya kita lebih patut berasa malu sekiranya kita hanya bekerja 24/7 untuk hidup sekadar membayar hutang.Atau lebih teruk sesetengah pihak mengharapkan orang lain untuk belanja kita makan,karoake,tengok wayang dan sebagainya.
Kenapa ini mesti berlaku.Adakah ianya satu kebetulan atau pilihan
No comments:
Post a Comment