February 05, 2010

KENAPA SUSAH SANGAT HENDAK "CLOSE"

Kenapa setelah berjaya membawa prospek dan menunjukkan kehebatan perniagaan ini tetapi masih gagal untuk "closed"?Setelah beberapa tahun terlibat sepenuh masa dalam perniagaan ini saya merasakan diantara sebab utama kenapa kita sering gagal membuat closing adalah disebabkan kebiasaannya kita terlalu excited sehinggakan kita tidak sedar akan kehendak sebenar prospek.Kebiasaanya kita akan menceritakan segala-galanya dari A-Z tanpa mendengar dan bertanyakan tentang apa kehendak dan kemahuan propsek.Kita akan menceritakan seolah-olah prospek itu faham tentang marketing plan..lukis bulat sana..lukis bulat sini..500 point kiri 500 points kanan yang secara tidak sedar mengelirukan prospek sendiri.Kemungkinan besar prospek merasakan yang perniagaan ini terlalu berat dan sangat susah hendak dijalankan atau memerlukan pengalaman yang luas untuk berjaya.
Jangan bebankan prospek dengan birokrasi.Seharusnya anda mempermudahkan proses ini supaya mereka dapat melihat sejauhmana kehebatan perniagaan ini.Tanyakan soalan lazim tentang kehendak prospek.
Seorang Top Leader USANA di USA pernah menasihatkan saya agar "Lead with the person than with the business/product".Nasihat beliau banyak mengajar saya tentang proses prospecting dan bagaimana membuat closing yang baik.
Setiap manusia mempunyai 3 keinginan asas
  1. Kewangan
  2. Kesihatan
  3. Kebebasan masa

Walau siapa pun prospek anda mereka pasti menginginkan salah satu dari 3 keinginan diatas.Gunakan "Hot Button" ini untuk memulakan proses positioning anda sebelum melalui proses detailing dan akhirnya proses closing.

Ubah cara anda membuat presentation..lebih banyak bertanya dan mendengar dari banyak bercakap.Semoga posting ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membina perniaggan yang lebih stabil pada tahun ini.

Semoga Sukses !

1 comment:

  1. Sila kongsikan pengalaman anda bersama prospek

    ReplyDelete