July 26, 2010

KENAPA MEREKA GAGAL

10 Sebab Utama :

1. Mereka cuba mengubah sistem.
Mereka rasakan yang mereka lebih arif daripada pemimpin yang telah lama berkecimpung didalam industri ini.Mereka juga sering merasakan kejayaan lampau mereka sebagai pemangkin kejayaan hari ini.Sedarkah walaupun mereka berjaya dengan perniagaan konvensional belum tentu mereka boleh menjadi hebat didalam perniagaan MLM.Suka ataupun tidak itulah hakikatnya.

2. Memilih untuk tidak belajar.
Mereka memilih apa yang ingin mereka lakukan dan apa yang tidak ingin mereka lakukan berdasarkan keinginan mereka untuk terus berada didalam "comfort zone", daripada memilih untuk belajar mengunakkan sistem yang sediada.Apabila mereka diajar untuk membuat
"Senarai Nama" mereka enggan kerana merasakan ianya suatu beban.Keengganan mereka akhirnya diduplikasikan oleh kumpulan mereka.

3. Tidak mempunyai matlamat yang tetap.
Mereka inginkan kejayaan tetapi tidak tahu dimana untuk bermula.Bagaimana untuk menembak perkara yang bergerak.Keinginan dan matlamat mereka sentiasa berubah-rubah mengikut kondisi dan persekitaran mereka.Mereka tidak pasti sejauhmana kejayaan yang bakal diharapkan dan akhirnya mereka menyalahkan keadaan semasa dan orang lain.


4. Berhenti (Quit).
Satu perkasa yang penting didalam perniagaan MLM adalah jangan berhenti sehingga anda menikmati pendapatan walaupun ianya kecil.Didalam perniagaan ini anda tidak harus menjadi yang terbaik untuk berjaya.Ramai pemimpin industri ini tidak dilahirkan sebagai pemimpin tetapi bermula dari bawah.Didalam perniagaan ini tidak ada yang gagal(Fail) tetapi mereka berhenti(Quit)

5. Lebih timba dari air.(Unrealistic expectations)
Perkara yang biasa kita dengar.Ramai yang terlibat dengan perniagaan MLM mengharapkan menjadi "Jutawan" tanpa perlu bekerja keras.Mereka merasakan dengan mempunyai syarikat No#1 dan Produk No#1 mereka pasti akan berjaya.Atau yang lebih "Pelik Tapi Benar" mereka mengharapkan downline mereka membantu mereka membina perniagaan ini.Mereka sibuk memikirkan kenapa downline mereka tidak aktif tetapi lupa untuk memikirkan kenapa mereka gagal lakukan apa yang diajar.Akhirnya mereka menyalahkan downline mereka kerana tidak aktif dan menyebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan tetap.Perniagaan MLM adalah perniagaan duplikasi.

6. Tidak mempunyai Mentor.
Ramai yang merasakan mereka tidak memerlukan bantuan mentor.Mentor sangat penting didalam membina perniagaan MLM.Sekiranya anda memutuskan hubungan dengan Mentor anda pasti tidak mampu membina perniagaan ini.Jagalah perhubungan anda dengan Mentor.

7. Ilmu tidak penting.
Sesiapa yang merasakan mereka mampu membina perniagaan ini dengan pendapatan yang lumayan tetapi merasakan ilmu itu tidak penting adalah BODOH !"Leaders are Readers"
Belum pernah ada pemimpin MLM yang berjaya tidak merasakan ilmu itu sesuatu yang penting.
Pastikan anda membeli buku , CD , menghadiri seminar , latihan asas dan sebagainya sekiranya anda benar-benar ingin berjaya membina perniagaan MLM.

8. Berfikiran Negatif
Lakukan anjakan paradigma.Ubah corak pemikiran anda.Bercampur dengan mereka yang positif.Kajian membuktikan seorang lelaki yang naif diletakkan bersama 9 orang banduan selama 3 hari.Setelah 3 hari lelaki yang naif itu telah didapati membunuh dan merogol kakaknya sendiri.Ini adalah bukti bagaimana anda dipengaruhi oleh pemikiran yang negatif cuma dalam tempoh sesingkat 3 hari.Sekiranya corak pemikiran kita tidak berubah pasti kehidupan kita pun tidak berubah."Siapa diri kita hari ini adalah hasil dari apa yang kita fikir dan lakukankan dahulu"

9. Perniagaan MLM sebagai hobi.
Sekiranya anda menganggap perniagaan ini sebagai hobi pasti pendapatannya juga datang sebagai hobi.Kadang-kadang ada , kadang-kadang tidak ada.Kekuatan dan ketahanan amatlah penting didalam membina perniagaan yang stabil.

10.Pentingkan diri sendiri.
Jangan lupa perniagaan ini mementingkan perhubungan sesama manusia.Sekiranya anda tidak menjaga perhubungan dan hanya mementingkan diri dan pendapatan sendiri sahaja tidak mustahil untuk anda kehilangan kesemua downline anda.Binalah perniagaan ini dengan jujur supaya downline anda tidak merasakan anda "Pemimpin Kuku Besi".

Semoga sedikit sebanyak ilmu ini dapat membantu anda membina perniagaan yang lebih stabil.
Insyallah..

Salam Kejayaan

Ahmad Riza

April 22, 2010

SINDROM

Tajuk yang memang menaik hari ini ketika saya terbaca didalam sebuah akhbar tentang topik ini.Memang betul melayu memang dibesarkan dengan persekitaran malu,takut dan seumpamanya.Kalau dulu masa zaman kanak-kanak kita sering ditakutkan supaya jangan bermain ditempat gelap atau bersendirian kerana ada hantu.Hantu itu menghantui kita sehingga sekarang dan setelah kita berumahtangga kita pula sematkan perasaan takut itu didalam pemikiran anak2 kita.

Masalahnya bukan hantu tetapi perasaan takut untuk mencuba yang ditanamkan kedalam pemikiran kita.Takut dan sikap malu sudah sinonim dengan budaya orang melayu.Kalau kita tengok drama tempatan hari ini semuanya mengisahkan tentang sikap negatif orang yang berjaya.Persoalannya adakah setiap orang yang berjaya itu negatif.Mestikah orang yang kaya itu jahat.

Kenapa mesti kita corakkan pemikiran kita kearah itu sehinggakan kita takut untuk hendak jadi kaya.Yang peliknya kita berasa malu apabila jiran-jiran kita dan orang sekililing berkata kita berlagak,sombong,angkuh dan sebagainya.Adakah kita tidak berasa malu untuk hidup miskin.Tak mampu membiayai ibubapa dikampung,tak mampu memiliki harta seperti rumah dan kereta sendiri.

Sepatutnya kita lebih patut berasa malu sekiranya kita hanya bekerja 24/7 untuk hidup sekadar membayar hutang.Atau lebih teruk sesetengah pihak mengharapkan orang lain untuk belanja kita makan,karoake,tengok wayang dan sebagainya.
Kenapa ini mesti berlaku.Adakah ianya satu kebetulan atau pilihan

March 12, 2010

JADILAH SEORANG LEADER

"LEADER" satu nama yang gah dalam perniagaan MLM tetapi berapa ramai yang benar-benar boleh memimpin atau hanya skadar nama.Dalam perniagaan MLM ada 3 jenis kepimpinan.

PERSONAL
Kita adalah pemimpin dan boleh memimpin diri kita sendiri.Kita sendiri yg membuat keputusan samada hendak berjaya atau sebaliknya.Kepimpinan boleh dibentuk dan bukannya lahir dengan sendirinya.Sebelum belajar memimpin downline anda belajar memimpin diri sendiri dulu.

GROUP
Kepimpinan secara formal selalunya boleh dilihat didalam meeting2 yang dianjurkan.Buktikan tahap kepimpinan anda apabila berada dengan downline anda.Anda seharusnya mempunyai kelebihan dari segi pengalaman,pengetahuan dan sebagainya.Anda adalah tempat rujukan apabila sesuatu masalah timbul.Pastikan anda boleh memberikan pendapat yang tidak melibatkan emosi dan kepentingan diri sendiri.

MENTORING
Mentoring dan personal coaching adalah 2 perkara yang berbeza.Sekiranya anda tidak mempunyai mentor pastikan anda mencari seorang individu untuk menjadi mentor anda.
Duplikasikan apa yang anda belajar dari mentor anda.Kejayaan seorang leader dinilai dari tahap kejayaannya menduplikasikan downlinenya.

Jangan hanya menganggap diri anda sebagai LEADER sebelum berjaya menduplikasikan kejayaan anda.

Salam kejayaan dari saya

Ahmad Riza